KEDATANGANMU YANG DITUNGGU

by Mahasiswa Penggerak | 11:56 AM in |


BULAN yang dinantikan hampir kunjung tiba, tidak sampai seminggu umat Islam akan menyambut satu bulan yang tiada tandingan berbanding bulan-bulan lain. itulah yang dinamakan dengan Bulan Ramadhan. bersabda Nabi saw,

"Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!"

Maka bertuahlah kiranya sebagai umat Nabi Muhammad yang diberi keistimewaan seumpama ini tidak cuba untuk merebut pahala dan ganjaran yang dijanjikan Allah pada bulan yang mulia ini. penulis ingin ,berkongsi beberapa tips berpuasa menurut sains kesihatan di mana sekiranya diamalkan mampu membina ketahanan tubuh badan dan InsyaAllah akan menghasilkan puasa yang terbaik.

Antaranya:

1.
Berbuka dengan buah-buahan dan minuman daripada bahan semulajadi. Elakkan pengambilan gula putih, sirap, pewarna dan perasa tiruan. Gantikan dengan gula merah, madu lebah dan jus buah-buahan asli.

2. Disarankan solat maghrib terlebih dahulu kerana memberi peluang kepada perut supaya mencerna makanan

3. Semasa berbuka, sebaiknya ambillah makanan yang mudah dihadam, mengandungi serat dalam kadar yang sedikit, kurangkan makanan yang berminyak, berempah dan pedas. Perbanyakkan sayuran, tauhu dan kekacang. Kurangkan pengambilan protein haiwan seperti daging kerana ia makanan yang paling kompleks dan susah dihadam

4.
Minum air putih atau teh herba yang mengandungi getah anggur, kembang semangkuk dan biji selasih. Ia bertujuan untuk mencuci usus dan menyenagkan membuang air besar

5. Rasulullah menyarankan agar melewatkan sahur kerana ia menepati waktu bersarapan pagi. Kajian pakar sains perubatan di Malaysia dan barat menunjukkan bahawa makanan yang utama dalam masa 24 jam ialah waktu sarapan pagi. Ia bertujuan untuk memelihara badan berbanding waktu lain. Amalan bersahur ini menjadi lebih penting untuk ketahanan badan terutama kepada kanak-kanak yang dilatih berpuasa kerana glukosa dalam darah akan menurun selepas bangun tidur

0 comments:

JALAN DAKWAH TERBUKA LUAS

JALAN DAKWAH TERBUKA LUAS
NYATAKAN SOKONGAN ANDA DENGAN MELETAKKAN LOGO INI DI BLOG ANDA!

Mahasiswa Penggerak

Meninjau Terus Mahasiswa Daily

Program AnakNegeri

Agenda Semasa

Loading...

Pengumuman

Pesta Buku & Penulisan 2009 akan diadakan di UIAM pada 9/10/09 sehingga 11/10/09 bertempat di KAED Galeri & KAED Auditorium, Universiti Islam Antarabangsa bersempena Pesta Konvokesyen UIAM.

Bicara Mahasiswa


ShoutMix chat widget

Senarai Artikel

Buku Terbaru Tuan Guru

Detik itu

Selamat Datang

Selamat Datang

Kedatanganmu d'tunggu

Kedatanganmu d'tunggu

Laman Tazkirah



Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)?
Maka tidakkah kamu berfikir?”

(Al-Baqarah, ayat 44)








SENYUM ITU SEDEKAH

SENYUM ITU SEDEKAH

Bersama Mahasiswa Penggerak

HarakahDaily