ISU ARAK DI SELANGOR

by Mahasiswa Penggerak | 9:08 AM in |

Baru-baru ini hangat di bibir akhbar-akhbar mengenai isu gesaan daripada Parti Islam Semalaysia(PAS) supaya kerajaan Selangor menukar Exco Kerajaan Tempatan, Ronnie Liu atas sebab campurtangan beliau dalam rampasan arak di Selangor. Hal ini telah menyebabkan ramai pemimpin-pemimpin daripada parti kerajaan termasuk daripada pihak kerajaan Selangor sendiri memberikan respons mereka terhadap isu tersebut.

Secara profesionalnya kita dapat melihat bahawa isu ini merupakan suatu perkara yang sensitive terutamanya kepada agama Islam itu sendiri. Persoalannya, mengapakah hal ini boleh terjadi sehingga menyebabkan keadaan menjadi kelam-kabut dikalangan pemimpin di dalam PKR itu sendiri. Pada pandangan penulis, sepatutnya perkara ini perlu diteliti dengan jelas punca dan sebab musababnya kerana dengan hanya menghukum secara membuta tuli akan menyebabkan keadaan menjadi bertambah kalut.

Saya ingin membuka minda para pembaca kepada pemerintah yang sebelum ini memegang pemerintahan di Selangor, siapakah yang mula-mula membenarkan pembukaan kilang-kilang arak dan memberikan lesen kepada mereka. Bukankah daripada pihak UMNO sendiri? Sejarah penubuhan Syarikat Carlsberg bukan baru tapi sudah lama ditubuhkan, buktinya dalam laman web Carlsberg itu sendiri ada menyatakan bahawa syarikat ini sudah mula bertapak pada awal tahun 90-an.

Carlsberg continued to strengthen its ties with foreign breweries, as it anticipated negative growth in beer consumption in the 1990s. Some of Carlsberg's slow growth in Europe was offset, however, by increased sales in Asia. Carlsberg had become the leading international beer brand in the Far East by the early 1990s, and Singapore, Malaysia, and Hong Kong were particularly good markets for the company.

Selama 50 tahun kerajaan negeri Selangor yang dipimpin oleh Barisan Nasional telah memegang tampuk pemerintahan negeri tetapi tidak ada satu aduan pun yang pernah dibangkitkan mengenai isu arak dan judi yang berleluasa pada masa itu. Tertarik penulis apabila melihat senarai pengarah-pengarah di dalam syarikat Carlsberg di Malaysia yang ada terdiri daripada kalangan orang Melayu yang beragama Islam sendiri(sila lihat sini). Apakah hal yang begitu besar ini tidak dijadikan isu yang berbangkit oleh pihak kerajaan negeri yang lalu padahal inilah yang telah menunjukkan betapa beraninya mereka mencari keuntungan dalam indusitri yang jelas hukum haramnya. Teringat penulis mengenai hadis Nabi SAW tentang arak ini dimana baginda melaknat 10 golongan iaitu,

yang MEMERAHNYA, yang DIMINTA DIPERAHKANNYA, yang MEMINUMNYA, yang MEMBAWANYA, yang MINTA DIHANTARINYA, yang MENUANGKANNYA, yang MENJUALNYA, yang MAKAN HARGANYA, yang MEMBELINYA, yang MINTA DIBELIKANNYA

Ke mana pergi menteri-menteri dan pimpinan UMNO yang dahulu sehingga perkara sebegini terus berlaku. Bak kata pepatah “ taik sendiri berak bertaburan, MPSP yang kena sapu”.

Apa yang penulis coretkan bukanlah unutk memburukkan mana-mana pihak tetapi seharusnya kerajaan perlu sedar bahawa kita masih lagi dijajah dengan pemikiran penjajah, perkara ini tidak akan terjadi sekiranya undang-undang benar dijalankan secara adil dan bertanggungjawab bukannya hanya menuding jari dan pandai-pandai memberi arahan untuk buat itu dan ini. Mengapa pada zaman pemerintahan mereka tidak pula ada yang berani menyuarakannya. Sekian untuk coretan kali ini. Wasalam.








0 comments:


JALAN DAKWAH TERBUKA LUAS

JALAN DAKWAH TERBUKA LUAS
NYATAKAN SOKONGAN ANDA DENGAN MELETAKKAN LOGO INI DI BLOG ANDA!

Mahasiswa Penggerak

Meninjau Terus Mahasiswa Daily

Program AnakNegeri

Pengumuman

Pesta Buku & Penulisan 2009 akan diadakan di UIAM pada 9/10/09 sehingga 11/10/09 bertempat di KAED Galeri & KAED Auditorium, Universiti Islam Antarabangsa bersempena Pesta Konvokesyen UIAM.

Bicara Mahasiswa


ShoutMix chat widget

Senarai Artikel

Buku Terbaru Tuan Guru

Detik itu

Selamat Datang

Selamat Datang

Kedatanganmu d'tunggu

Kedatanganmu d'tunggu

Laman Tazkirah



Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)?
Maka tidakkah kamu berfikir?”

(Al-Baqarah, ayat 44)








SENYUM ITU SEDEKAH

SENYUM ITU SEDEKAH

Bersama Mahasiswa Penggerak

HarakahDaily