BULAN yang dinantikan hampir kunjung tiba, tidak sampai seminggu umat Islam akan menyambut satu bulan yang tiada tandingan berbanding bulan-bulan lain. itulah yang dinamakan dengan Bulan Ramadhan. bersabda Nabi saw,
"Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!"
Maka bertuahlah kiranya sebagai umat Nabi Muhammad yang diberi keistimewaan seumpama ini tidak cuba untuk merebut pahala dan ganjaran yang dijanjikan Allah pada bulan yang mulia ini. penulis ingin ,berkongsi beberapa tips berpuasa menurut sains kesihatan di mana sekiranya diamalkan mampu membina ketahanan tubuh badan dan InsyaAllah akan menghasilkan puasa yang terbaik.
Antaranya:
1. Berbuka dengan buah-buahan dan minuman daripada bahan semulajadi. Elakkan
2. Disarankan solat maghrib terlebih dahulu kerana memberi peluang kepada perut
3. Semasa berbuka, sebaiknya ambillah makanan yang mudah dihadam,
4. Minum air putih atau teh herba yang mengandungi getah anggur, kembang
5.
Apa Itu Game Kripto? Simak Penjelasan Lengkapnya
2 hours ago
Post a Comment