Untukmu...

by Mahasiswa Penggerak | 1:09 AM in | comments (0)

Selamat Menghadapi
Peperiksaan Akhir Semester

kepada
seluruh mahasiswa mahasiswi
di seluruh malaysia
dan di perantauan



USAHALAH SELAGI KAMU MAMPU


JANGAN SEPERTI INI!!


MAHUPUN INI!!


INGATLAH KEJAYAAN MESTILAH DENGAN

USAHA + DOA + TAWAKAL

"Man Jadda Wa Jadda"

SEMOGA MENCAPAI KEJAYAAN



ikhlas dari mahasiswa-daily

Pengumuman!

by Mahasiswa Penggerak | 9:23 PM in | comments (0)

AMAN PALESTIN dengan kerjasama PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL (PEMBINA)
menganjurkan KONVENSYEN

"BERAKHIRNYA AGENDA ZIONIS"

di Dewan Merdeka PWTC Kuala Lumpur
pada 9 Mei 2009 (sabtu)
jam 8pagi-5ptg

Tuan/Puan dijemput hadir bagi memenuhi 3000 kerusi.
Yuran hanya RM10 sahaja.

pengesahan kehadiran, sila SMS, (NAMA) (NO.IC) dan sms ke 019-6077372.

Yuran boleh dibayar pada hari konvensyen.

JEMPUTLAH DATANG BERAMAI-RAMAI


Wudhuk

by Mahasiswa Penggerak | 7:48 AM in | comments (2)

1. Ketika berkumur , berniatlah kamu dengan, "Ya
Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap
benda-benda yang tak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu
dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat
kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih
berseri-seri.


3. Ketika membasuh tangan kanan , berniatlah
kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab
ku ditangan kanan ku ini".
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikanhisab-
hisabnya di tangan kanan .

4. Ketika membasuh tangan kiri , berniatlah kamu
dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-
hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-
hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala , berniatlah kamu
dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik
matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar
macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga , berniatlah kamu
dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang
mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan , berniatlah kamu
dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi
titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian
dengan pantas sekali..

8. Ketika membasuh kaki kiri , berniatlah kamu
dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke
masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-
tempat maksiat"
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di
tangan Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat
bahawa setiap yang dituntut dalam Islam
mempunyai hikmah nya yang tersendiri .
Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil
wuduk sedemikian rupa?

Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita
perolehi dalam menghayati Islam?
Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita
sebagai umat Islam?

sebagai perkongsian bersama...

by Mahasiswa Penggerak | 3:07 AM in | comments (0)



MIHAS 2009 THE 6TH INTERNATIONAL HALAL SHOWCASE

TARIKH : 6 - 10 MEI 2009

TEMPAT: MATRADE EXHIBITION & CONVENTION CENTER (MECC) KUALA LUMPUR MALAYSIA


ISLAM LIBERAL VIRUS UMAT ISLAM

by Mahasiswa Penggerak | 2:42 AM in | comments (0)

MUKADDIMAH

Idea-idea Islam liberal sebenarnya bukanlah merupakan satu gagasan baru yang kini sedang berkembang luas dalam beberapa buah negara Islam. Faktor orientalisme dan aliran modernisme pada abad ke-19 dan 20 mempunyai pertalian yang rapat dengan aliran Islam liberal masa kini.

Dalam kertas ringkas ini, kita akan meneliti idea-idea pokok Islam liberal dan sekaligus melihat latar belakang para ideologinya. Selanjutnya beberapa respon kritikan dari kalangan cendekiawan Muslim semasa akan dikemukakan. Akhir sekali wacana Islam liberal pada malam ini akan membahaskan implikasi-implikasi yang sedang dirasai oleh umat Islam akibat jangkitan virus pemikiran Islam liberal secara umum di dunia saat ini dan khususnya di rantau Asia Tenggara.

Idea-Idea Pokok Islam Liberal Dan Beberapa Ideologinya

1. Kritikan Terhadap Teks al-Qur’an

Antara tokoh kontroversi pemikiran Islam liberal saat ini ialah Nasr Hamid Abu Zaid (NHAZ). Anak kelahiran Mesir yang kini sedang bertugas di Institut Pengajian Asia, Universiti Leiden, Belanda, telah dihukum murtad oleh Jawatankuasa Fatwa, Universiti al-Azhar, Mesir beberapa tahun lalu kerana kritikannya kepada al-Qur’an dan lain-lain aspek terpenting dalam agama Islam.

Dia telah menulis beberapa buah karya mengenai teks al-Qur’an seperti Mafhum al-Nas - Dirasah fi ‘Ulum al-Qur’an (Kefahaman Mengenai Teks - Satu Kajian Mengenai al-Qur’an) dan Naqd al-Khitab al-Dini (Wacana Nalar Agama).

Dalam kajiannnya terhadap al-Qur’an, NHAZ banyak menggunakan kaedah hermeneutic. Sebagai seorang harmeneut, maka tahap terpenting dalam melakukan kajian terhadap makna teks, adalah melakukan analisis terhadap corak teks itu sendiri. Hanya dengan penggunaan kaedah yang sedemikian, maka maklumat-maklumat tentang pengarang teks itu dapat diketahui.

NHAZ yang jelas terpengaruh dengan teori hermenuetik Frederich Schliemarcher (1768-1834) telah mengaplikasikan teori tersebut dengan melontarkan satu teori bahawa al-Qur’an yang telah diturunkan melalui malaikat Jibril AS kepada seorang Muhammad SAW yang manusiawi.

Bahawa, Muhammad, sebagai penerima pertama, sekaligus penyampai teks adalah sebahagian dari realiti masyarakat. Membahas Muhammad SAW sebagai penerima teks pertama, bererti membicarakan seorang manusia yang dalam dirinya terdapat harapan-harapan masyarakat yang terkait dengannya (Adian Husaini dan Henri Salahudin, 2004, ms. 34).

Tentang konsep wahyu dan Muhammad versi NHAZ dan yang sejenis dengannya, mereka memandang al-Qur’an hanya pada tingkat perkataan - bukanlah wahyu yang turun dari langit dalam bentuk kata-kata yang benar - sebagaimana pernyataan klasik yang masih dipegang pelbagai kalangan - tetap merupakan spirit wahyu yang disaring melalui Muhammad dan sekaligus diekspresikan dalam batas intelek dan kemampuan linguistiknya.

Jadi, takrif NHAZ yang sedemikian itu telah meletakkan Junjungan Muhammad SAW semacam seorang PENGARANG al-Qur’an. Kata mereka lagi bahawa Muhammad sebagai seorang yang ummi, bukanlah penerima pasif wahyu, tetapi juga mengolah redaksi al-Qur’an, sesuai dengan keadaannya sebagai manusia biasa.

Pandangan tadi adalah lanjutan dari pemikiran klasik orientalis-orientalis Barat generasi awal yang telah mendakwa dan seterusnya mendakyahkan idea bahawa Islam itu adalah “agama bikinan Muhammad” dan hukum Islam disebut sebagai “Muhammadan Law”, sementara umat Islam digelar sebagai “Mohammadan”.

Para penganut konsep al-Qur’an versi NHAZ enggan menyatakan “Allah berfirman dalam al-Qur’an” sebab mereka mendakwa bahawa al-Qur’an adalah kata-kata Muhammad atau al-Qur’an adalah karya bersama antara Tuhan dan Junjungan Muhammad SAW. NHAZ juga berhujah bahawa teks dalam apa bentuk pun, adalah pada hakikatnya produk budaya.

Selanjutnya, NHAZ mengkritik keras metod tafsir para mufassir ternama Ahlus Sunnah wal-Jama`ah. Selepas ini disebut dengan singkatan perkataan ASWJ. Katanya tanggapan yang menyebut bahawa autoriti tafsir adalah milik mutlak mufassirin terdahulu adalah salah.

NHAZ mendakwa bahawa kesilapan mereka ialah kerana adanya kekeliruan yang mendasar di kalangan ASWJ dahulu dan sekarang yang suka mengaitkan “makna teks” dan dalalahnya dengan makna kenabian, risalah dan turunnya wahyu. Kaum ASWJ menyusun sumber-sumber utama penafsiran al-Qur’an pada empat hal: Rasulullah, para sahabat, tabi`in, dan terakhir iaitu tafsir bahasa.

Selain daripada NHAZ, seorang lagi pemikir kontroversi liberal Muslim ialah Muhammad Arkoun, professor pemikiran Islam di University Sorbone, Perancis.

Kajian Arkoun mengenai al-Qur’an adalah dengan menggunakan pendekatan “sejarah” atau “historical method”. Antara karya-karya yang sangat disanjung di dunia Barat serta dalam beberapa buah negara Islam saat ini ialah The Unthought in Contemporary Thought (2002) dan Min al-Ijtihad Ila Naqd al-`Aql al-Islami (1992).

Arkoun yakin bahawa kajian kritis sejarah tentang al-Qur’an adalah satu bentuk ijtihad. Menurut Arkoun lagi bahawa pendekatan terhadap fenomena wahyu dari perspektif umum. Dia memasukkan berbagai fenomena kitab suci dari komuniti agama lain, seperti kitab agama Hindu, Buddha, dan lebih penting lagi kitab Injil Perjanjian lama dan Perjanjian Baru.

Dari perspektif antropologi, Arkoun meletakkan sifat nabi sesuai dengan fenomena yang disebut sebagai “production of great men” (intaj rijal al-`izam) dalam sejarah. Menurutnya lagi seorang nabi itu adalah seorang pemimpin yang bijaksana, yang dianugerahkan semangat raksaksa dan imaginasi hebat.

Arkoun memperdebatkan segala bentuk “kesucian”, yang menganggap Tuhan secara aktif terlibat setiap saat dalam sejarah, dalam period heroik dan karismatik para nabi.

Mengenai wahyu, Arkoun membaginya dalam dua peringkat. Peringkat pertama adalah apa yang biasanya al-Qur’an menyebutnya sebagai Ummul Kitab (induk Kitab) dan pada peringkat kedua apa yang disebut sebagai berbagai kitab termasuk Bible, Gospel dan al-Qur’an. Ummul Kitab adalah Kitab Langit, wahyu yang sempurna, dari mana Bible, Gospel dan al-Qur’an berasal.

Arkoun yakin bahawa pada peringkat pertama wahyu adalah bersifat abadi, tidak terikat dengan waktu, serta mengandung kebenaran tertinggi. Justeru wahyu jenis ini adalah kebenaran absolute di luar jangkauan manusia yang tersimpan di Lauh Mahfuz.

Bagaimanapun, Arkoun turut berpandangan bahawa wahyu hanya dapat difahami oleh manusia pada tahap kedua. Inilah jenis wahyu yang diistilahkan oleh Arkoun sebagai “edisi dunia” yang telah mengalami modifikasi.

Kata Arkoun; “Kitab Langit hanya boleh diikuti oleh para pemeluknya melalui versi tertulis dari kitab-kitab suci yang ada sekarang. Aspek kedua dari Kitab Induk/Langit ini kemudian harus tunduk dengan pelbagai rintangan dalam kenyataan sejarah yang arbitrer.” (Arkoun, Rethinking Islam Today, ms. 241).

Dengan membandingkan bentuk lisan dan tulisan dalam al-Qur’an, Arkoun menyatakan dengan tegas bahawa al-Qur’an lebih suci, lebih autentik dan lebih dapat dipercayai ketika masih dalam bentuk “wacana” jika dibanding dalam bentuk tertulis.

Alasannya menurut Arkoun kerana al-Qur’an terbuka untuk semua erti ketika dalam bentuk lisan, dan dalam bentuk tulisan tidak lagi begitu. Sebaliknya dia mendakwa bahawa penggunaan alat-alat tulis seperti pena dan kertas telah mengurangi status al-Qur’an yang bersifat ketuhanan sebagai sebuah buku dunia.

Ulil Absar selaku pengasas Jaringan Islam Liberal (JIL) menyimpulkan pemikiran mengenai teks al-Qur’an dengan menimbulkan masalah pemikiran pokok dalam pemahaman Islam sekarang ini adalah adanya pandangan yang dominan tentang teks sebagai sesuatu yang “supreme”, sehingga pemahaman atas teks itu kerapkali mengabaikan kenyataan dan pengalaman manusia yang konkrit.

Akibatnya adalah pengasingan manusia dari pengalamannya sendiri, kerana mengagungkan teks yang berlebihan. Ulil Absar mahukan wahyu dan pengalaman manusia (termasuknya di dalamnya adalah akal) adalah sama kedudukan dan status “epesitemologis” nya dalam tindakan penafsiran (Ulul Absar, ms.427-428).

2. Idea Teologi Pluralis

Selain dari bidang kajian kritis mengenai al-Qur’an, satu lagi aspek pemikiran Islam liberal yang sedang merebak saat ini ialah peri pentingnya masyarakat beragama Islam menerima adanya “teologi pluralis”.

Adalah jelas bahawa idea teologi pluralisme agama telah bermula dengan penerbitan karya-karya kontroversi Nurkholis Madjid (Cak Nur) yang baru saja berpulang ke alam baqa Isnin lalu. Sebagai seorang lokomotif yang nyaris dikultuskan di Indonesia dan handal dalam menyajikan bahan-bahan klasik secara terpilih, Cak Nur amat kuat menganjurkan supaya toleransi antara agama-agama dunia dapat dilaksanakan semaksimum mungkin.

Dalam buku Pluralitas Agama: Kerukunan Dalam Keagaman, Cak Nur menjelaskan maksud teologi inklusif lawan eksklusif. Katanya; “Umat Islam pun diperintahkan untuk sentiasa menegaskan bahawa kita semua, para penganut kitab suci yang berbeza-beza itu, sama-sama menyembah Tuhan yang Maha Esa, dan sama-sama pasrah (muslimun) kepadaNya.”

Jadi, menurut Cak Nur bahawa “kebenaran dan keselamatan” suatu agama bukan monopoli sesuatu agama. Justeru, dari perspektif teologi inkulsif bahawa dakwaan hanya agamanya sahaja yang benar dan menjadi jalan keselamatan adalah salah dari segi teologi!

Alwi Shihab yang kini adalah Menteri Kesejahteraan Sosial Indonesia adalah seorang lagi pendiri mazhab pluralisme agama. Dalam bukunya “Islam Inklusif: Menuju Sikap Terbuka Dalam Beragama”, beliau mendakwa bahawa ayat al-Qur’an yang acap kali digunakan untuk membuktikan eksklusifnya agama Islam iaitu dalam Surah al-Baqarah: 62 dan al-Mai’dah: 69.

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang Yahudi, Nasrani dan Shabiin, barang siapa yang beriman di antara mereka itu kepada Allah dan hari yang kemudian, serta beramal soleh, maka untuk mereka itu pahala di sisi TuhanNya; dan tiada ketakutan atas mereka dan tiada mereka berdukacita. (Al-Baqarah: 62)

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang Yahudi dan Shabiin, dan orang-orang Nasrani, barangsiapa yang beriman di antara mereka kepada Allah dan hari yang kemudian, serta mengerjakan amalan yang baik-baik, nescaya tidak ada ketakutan terhadap mereka dan tiada mereka berdukacita (Al-Maidah: 69)

Ketika menghuraikan ayat-ayat tersebut, Alwi berpandangan bahawa hal itu tidak diperuntukkan bagi Muslim sahaja, tetapi bagi segenap mereka yang percaya kepada Tuhan sepanjang sejarah umat manusia.

Hujah yang dipakai oleh Alwi di sini ialah rujukannnya kepada perkataan “menyerah diri” dalam agama Islam dan lain-lain agama adalah manifestasi keimanan seseorang individu itu terhadap Tuhannya.

Alwi juga begitu yakin bahawa ayat-ayat al-Qur’an dalam Surah al-Baqarah: 62 dan al-Ma’idah: 69 adalah bersifat inklusif untuk semua agama. Justeru, beliau menterjemahkan ayat tersebut seperti berikut; “Sesungguhnya mereka telah beriman, iaitu, Yahudi, Kristian dan kaum Sabi’in. Mereka yang percaya pada Tuhan dan Hari Akhir dan berbuat kebaikan akan menerima pahala dari Tuhan mereka. Mereka tidak akan merugi dan berdukacita.”

Pokoknya, Alwi percaya bahawa dengan hanya terdapat pengakuan eksistensi orang-orang yang berbuat baik dalam setiap “masyarakat beragama” maka layaklah mereka menerima pahala dari Tuhan. Idea teologi pluralisme didokong kuat oleh lain-lain sarjana seperti Abdul Rahman Wahid, Djohan Effendi, Budhy Munawar Rachman, Masdar F. Mas’udi, Arief Budiman dan lain-lain. Pokoknya mereka percaya bahawa Islam yang dikehendaki dalam zaman yang berubah ini ialah Islam yang bercitra kemanusiaan dan kedamaian bukan Islam yang “theocentric exclusive”.

3. Penolakan Terhadap Syari’at Islam

Golongan liberal Islam menolak pelaksanaan Shari’at Islam. Abdullah al-Naim, seorang penulis yang berasal dari Sudan telah menghasilkan sebuah karya yang berjudul “Toward an Islamic Reformation” (1989) yang intinya merombak pemahaman orang Islam terhadap shari`at.

Abdullah mempopularkan bahawa syari’ah adalah “human” bukannya “divine”. Seperkara yang wajar mendapat perhatian, pemikiran shari`ah Abdullah al-Nai’mi adalah lanjutan dari pemikiran Islam Mahmud Muhammad Taha yang telah mati dihukum bunuh dalam era kepimpinan Presiden Ja`afar Numairi kerana mendakwa bahawa shari`at Nabi Muhammad masih belum berakhir, dan dia adalah penyempurnanya.

Justeru, Abdullah menyuarakan pendapatnya bahawa syari`at Islam khususnya Islamic Public Law mesti dirobah kerana teks agama tidak perlu diikuti secara literal (harfiyyah). Abdullah Ahmad al-Na`imi melengkpakan hujahnya dengan berkata;

“I have shown that shari’ah was in fact constructed by Muslim jurists over the first three centuries of Islam. Although derived from the fundamental divine sources of Islam, the Qur’an and Sunnah. Shari’ah is not divine because it is the product of human interpretation of those sources…” (ms. 1850).

Sehubungan dengan penolakan shari`ah, para pendiri Islam liberal menolak dengan tegas konsep “Negara Islam”. Selain daripada Cak Nur, Dr. M. Amien Rais, mantan Ketua Muhammadiyyah Indonesia menolak gagasan adanya perintah Tuhan dalam al-Qur’an dan al-Sunnah untuk menegakkan negara Islam. Yang ada kata Amein Rais ialah peri pentingnya melaksanakan etos-etos Islam seperti menegakkan keadilan sosial.

Golongan Muslim liberal bersekongkol dengan perisik-perisik dan pembuat-pembuat dasar di negara-negara Barat bahawa Islam politik atau al-Islam al-Siyasi hendaklah ditentang habis-habisan...

....untuk maklumat lanjut layari http://liberalisme.blogsome.com



JALAN DAKWAH TERBUKA LUAS

JALAN DAKWAH TERBUKA LUAS
NYATAKAN SOKONGAN ANDA DENGAN MELETAKKAN LOGO INI DI BLOG ANDA!

Mahasiswa Penggerak

Meninjau Terus Mahasiswa Daily

Program AnakNegeri

Agenda Semasa

Loading...

Pengumuman

Pesta Buku & Penulisan 2009 akan diadakan di UIAM pada 9/10/09 sehingga 11/10/09 bertempat di KAED Galeri & KAED Auditorium, Universiti Islam Antarabangsa bersempena Pesta Konvokesyen UIAM.

Bicara Mahasiswa


ShoutMix chat widget

Senarai Artikel

Buku Terbaru Tuan Guru

Detik itu

Selamat Datang

Selamat Datang

Kedatanganmu d'tunggu

Kedatanganmu d'tunggu

Laman Tazkirah



Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)?
Maka tidakkah kamu berfikir?”

(Al-Baqarah, ayat 44)








SENYUM ITU SEDEKAH

SENYUM ITU SEDEKAH

Bersama Mahasiswa Penggerak

HarakahDaily