Wudhuk

by Mahasiswa Penggerak | 7:48 AM in |

1. Ketika berkumur , berniatlah kamu dengan, "Ya
Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap
benda-benda yang tak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu
dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat
kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih
berseri-seri.


3. Ketika membasuh tangan kanan , berniatlah
kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab
ku ditangan kanan ku ini".
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikanhisab-
hisabnya di tangan kanan .

4. Ketika membasuh tangan kiri , berniatlah kamu
dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-
hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-
hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala , berniatlah kamu
dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik
matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar
macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga , berniatlah kamu
dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang
mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan , berniatlah kamu
dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi
titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian
dengan pantas sekali..

8. Ketika membasuh kaki kiri , berniatlah kamu
dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke
masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-
tempat maksiat"
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di
tangan Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat
bahawa setiap yang dituntut dalam Islam
mempunyai hikmah nya yang tersendiri .
Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil
wuduk sedemikian rupa?

Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita
perolehi dalam menghayati Islam?
Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita
sebagai umat Islam?

sebagai perkongsian bersama...

2 comments:

  1. Anonymous on April 20, 2009 at 12:44 AM This comment has been removed by the author.  
  2. Anonymous on April 20, 2009 at 12:47 AM

    AsSalamualaika ya akhi,sesungguhnya amat bagus sekali tazkirah yang diberi dan ku tahu bahwa memang niatmu agar dapat berkongsi kebaikan sesama insan..tahniah diucapkan..
    tetapi ada seddikit yang kuragui,kamu telah menulis dengan lafaz perintah atau anjuran untuk melakukan pada tiap kali amalan wudhuk..sesungguhnya agama ini tertegak berdasarkan dalil dan keterangan yang jelas..dan segala amalan-amalan yang bersifat khususiah yang baik telah Baginda SAW lakukan dan amalkan untuk panduan umatnya kerana setiap amlan Baginda SAW mendapat petunjuk wahyu..maka para sahabat yang telah diredhai Allah AzzaWaJalla mengambil sikap "kami dengar dan taat" dengan tiap perintah Baginda SAW tanpa BERANI menokok tambah amalan yang bersifat khusus kerana takut melebihi Baginda SAW ketika untuk beribadah kerana mereka tahu yang dapat menghalalkan setiap amalan ibadah walaupun dipandang baik pada mereka hanyalah Baginda SAW yang diketahui melalui wahyu..

    Jadi apa yang ku inginkan wahai saudara seakidahku ialah kamu bertanggungjawab atas nama agama dan kesempurnaan Syariat Baginda SAW dengan meletakkan dalil smada hadis yang Shohih atau AlQuran untuk menghalalkan amlan membaca doa sekian-sekian untuk amalan sekian-sekian sepertimana kamu mensyariatkan seseorang untuk membaca doa tertentu pada amaln wudhuk tertentu..Takutlah kamu jika kamu menjadi dzolim dengan melakukan sesuatu yang bukan pada tempatnya lalu orang ramai mengikuti mu pula kerana kejahilan mereka..
    Akhir kalam,renungilah nasehatku ini dan waspadalah dalam mensyriatkan sesutu yang kamu belum tahu kesahihannya...Semoga Allah Tabaraka Wa Taala memberi kita petunjuk dalam rangka mentaatinya dan tidak ghuluw dalam beragama..

     


JALAN DAKWAH TERBUKA LUAS

JALAN DAKWAH TERBUKA LUAS
NYATAKAN SOKONGAN ANDA DENGAN MELETAKKAN LOGO INI DI BLOG ANDA!

Mahasiswa Penggerak

Meninjau Terus Mahasiswa Daily

Program AnakNegeri

Pengumuman

Pesta Buku & Penulisan 2009 akan diadakan di UIAM pada 9/10/09 sehingga 11/10/09 bertempat di KAED Galeri & KAED Auditorium, Universiti Islam Antarabangsa bersempena Pesta Konvokesyen UIAM.

Bicara Mahasiswa


ShoutMix chat widget

Senarai Artikel

Buku Terbaru Tuan Guru

Detik itu

Selamat Datang

Selamat Datang

Kedatanganmu d'tunggu

Kedatanganmu d'tunggu

Laman Tazkirah



Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)?
Maka tidakkah kamu berfikir?”

(Al-Baqarah, ayat 44)








SENYUM ITU SEDEKAH

SENYUM ITU SEDEKAH

Bersama Mahasiswa Penggerak

HarakahDaily