SALAM kemenangan buat Pakatan Rakyat di Permatang Pasir, dengan kemenangan majoriti sebanyak 4,551 undi mengalahkan pencabarnya daripada UBN, Rohaizat Othman telah membuktikan bahawa gelombang Pakatan Rakyat adalah semakin hampir untuk menembusi tembok PRU 13 nanti. biarpun apa yang cuba disampaikan oleh pemimpin UMNO bahawa mereka telah menjangkakan kekalahan tersebut, namun jauh di sudut kekalahan mereka menampakkan bukti bahawa gelombang kejatuhan UBN semakin hampir.
Tahniah sekali lagi buat PAS dan Pakatan Rakyat terutamanya kepada Salleh Man yang telah menunjukkan semangat juang yang tinggi untuk menegakkan Islam di bumi Pulau Pinang dan seterusnya di bumi Malaysia yang kita cintai ini.
Ingatlah firman Allah Taala dalam al-quran, Surah al-Nashr(ayat 1-3) yang bermaksud:
apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan engkau melihat manusia berbondong-bondong masuk agama Allah, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhan-Mu dan mohonlah ampunan kepada-Nya, sungguh Dia Maha Penerima taubat
0 comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment